02 November 2010

Langkah-langkah Untuk Mengatasi Kegagalan

a) Elakkan bergaul dengan orang-orang gagal.
      Kita akan terus gagal apabila bergaul dengan orang gagal. Bergaul dengan orang gagal yang ada semangat nak berjaya, itu boleh. Berkawan dengan orang gagal yang tak nak keluar dari lembah kegagalan, itu tidak berapa bagus sebab kita akan terpengaruh dengan mindset kegagalan yang  diguna pakai oleh mereka yang gagal. Nak mengeluarkan diri kita dari kegagalan, kita kena dekatkan diri dengan orang yang mahu berjaya.

b) Berkenalan dengan orang yang telah berjaya
     Berkenalanlah dengan  orang yang telah  berjaya. Aura kejayaan yang terpancar dari dirinya akan meresap masuk ke dalam fikiran kita lantas tersimpan kukuh di minda kita. Apa yang kita semat di hati, niat kita tu, akan naik ke minda. Minda pula akan bertindak merealisasikannya.


c) Niatkan dalam hati
     Untuk kita keluar dari kegagalan, niatkan betul-betul di dalam hati yang anda tidak mahu lagi asyik gagal. Selepas itu, bertindaklah menuju kejayaaan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Ubah mindset. Jangan kata mahu keluar dari lembah kegagalan, sebaliknya katakanlah pada diri sendiri. Anda mahu masuk ke lembah kejayaan supaya anda boleh mencapai berbagai-bagai kejayaan, sama ada kejayaan yang kecil atau kejayaan yang besar dalam bidang yang anda ceburi sekarang ini.

d) Gunakan mindset "mencapai kejayaan", bukan mindset "keluar dari kegagalan"
     Berhati-hati dengan ungkapan ini. Kedua-dua mindset tu memberi impak berlainan pada diri anda. Apabila anda menggunakan mindset “mencapai kejayaan", nda akan terjumpa dengan orang-orang yang semangatnya tinggi mahu berjaya dan orang-orang yang sudah berjaya. Semangat anda nak berjaya akan membara sepanjang masa kerana anda terpengaruh oleh orang-orang yang dekat dengan anda tadi. Jika anda menggunakan mindset “keluar dari kegagalan” Anda bagaikan berada di dalam tekanan. Kegagalan lalu seperti selalu menghantui anda dan selalu mengikuti anda ke mana saja anda pergi. Kegagalan lalu menjadi beban yang amat berat buat Anda. Kesannya, nak mencapai kejayaan terasa sukar.

No comments:

Post a Comment