Cabar Diri Untuk Berjaya
Kejayaan ialah pencapaian seseorang yang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu, kejayaan adalah berbentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Apabila kita mencapai matlamat yang dikehendaki, kita akan rasa selesa. Pada tahap tersebut, kita berasa tidak ada lagi sesuatu yang mencabar. Jangan mudah berpuas hati jika kita sudah mencapai matlamat tersebut. Terdapat beberapa cara untuk mencabar tahap kemampuan diri untuk terus mancapai kemajuan yang berlainan. Cara-cara tersebut ialah:
a) Letakkan sasaran yang lebih tinggi
b) Cemburu dengan kejayaan orang lain yang lebih berjaya
c) Jangan bersikap cepat puas hati dengan pencapaian semasa
d) Jika gagal, berfikirlah secara positif
e) Tingkatkan tahap pencapaian anda dari semasa ke semasa

No comments:
Post a Comment