Pusat latihan kami, Pusat Latihan Kemahiran & Pengurusan Wawasan (PULAKEP WAWASAN) ialah sebuah pusat latihan dan kemahiran untuk persediaaan alam pekerjaan dalam bidang Perkeranian, Kesetiausahaan, Penyeliaan dan Pengurusan di sektor kerajaan dan swasta bagi lepasan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Pusat kami mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan kursus berkenaan.
17 November 2009
OBJEKTIF
- Mengenalpasti dan menyediakan input-input pembangunan kemahiran yang cemerlang.
- Merangsang budaya kualiti berasaskan prestasi bagi meningkatkan kualiti kemahiran dalam perkhidmatan bidang kerajaan dan swasta.
- Perkongsian penggunaan kemudahan dan khidmat PULAKEP WAWASAN untuk memberi latihan kepada pelajar dan pekerja.
- Mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi mewujudkan persekitaran yang mesra.
- Menyediakan latihan dan kemahiran mengikut keperluan pasaran semasa.
- Memberi khidmat nasihat kepada masyarakat setempat untuk mempertingkat tahap pengetahuan.
- Menyediakan peluang pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
a) menganjurkan dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah.
b) Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga guna.
c) Berusaha gigih untuk memastikan PULAKEP WAWASAN berdiri teguh sebagai sebuah organisasi peneraju pendidikan dalam bidang kemahiran yang unggul dan cemerlang.
OBJEKTIF KUALITI
Mencapai objektif bagi enam bidang kecemerlangan yang telah ditetapkan, iaitu:
1. Kecemerlangan Akademik
2. Kecemerlangan Staf
3. Kecemerlangan Kemudahan
4. Kecemerlangan Pelajar
5. Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan
6. Kecemerlangan Perhubungan Industri
- Memenuhi kehendak dan harapan pelanggan dalam perkhidmatan pendidikan dan latihan yang berkualiti dalam bidang Perkeranian, Kesetiausahaan, Penyeliaan dan Pengurusan.
- Bersedia memberi komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan penambahbaikkan berterusan dalam proses pemantapan sistem kualiti kemahiran.
- Bekerjasama dengan semangat berpasukan.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
VISI
PULAKEP WAWASAN adalah pusat kecemerlangan pendidikan yang berteraskan latihan kemahiran secara amali dan praktikal.
MISI
Memberi latihan kemahiran yang berkualiti kepada masyarakat berbilang kaum dan bangsa selaras dengan gagasan "1 MALAYSIA"
Subscribe to:
Posts (Atom)